14
Mar

Cara Pengiraan Harga Kabinet Dapur

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!

Sediakan Pen, Kertas dan Kalkulator ya!

Pengalaman kami memasasang kabinet dapur ni sebenarnya yang boleh kami kongsikan…

Selalu dengar cerita orang pasang kitchen kabinet ni sampai berbelas-belas ribu la…mahal sangat la,tak de yang murah ke…

macam mana nak tau harga perkaki & total..
Kitchen cabinet yang harganya murah ni ada beberapa faktor yang tentukan tau… 
yang utama adalah JENIS KAYU. Makin berkualiti kayu makin mahal harga. Kemudian SAIZ iaitu makin panjang kabinet makin mahal harga. Jadi cara nak dapatkan harga murah ialah —>> kurangkan saiz dan ambil jenis kayu yang tak berapa berkualiti. Senang je kan? As simple as that.

Saiz untuk kabinet dinding (wall unit) mesti MURAH sikit berbanding saiz kabinet lantai (base unit) atas faktor kedalaman. Sila beli tali tape ye, rekod siap-siap ukuran dapur anda sebelum pergi kedai…
Harga keseluruhan meliputi harga kabinet, handler, penyedut asap, dapur, pili paip, rak pinggan, spoon tray, sinki dan labour cost plus delivery.

Ini contoh kabinet dapur client saya.Harga dalam pakej untuk kabinet 3D ialah RM4,500 untuk 10 kaki atas dan 10 kaki bawah. customer saya tambah 2 kaki lagi untuk kabinet bawah menjadikan harga keseluruhan mencecah RM5,090.
Tips:
1) Harga kabinet kita survey dengan cara pengiraan harga satu kaki”Berapa harga kabinet 3D untuk satu kaki base unit? Wall unit berapa” dari jawapan itulah kita boleh tahu outlet tu mahal ke murah. Same goes if you survey to wardrobe and book case price. Contohnya yang kami buat tu:
Kabinet 3D berharga RM 170satu kaki untuk base unit.
Solid Nyatoh dan Fomika berharga RM 230 satu kaki untuk base unit.
Melamin ABS berharga RM 120 satu kaki untuk base unit.
Kenal pasti berapa RM beza wall unit dengan base unit. Kalau tak banyak beza better ambik 3D sebab cantik sikit.

2) Rancang kedudukan peralatan dapur untuk tahu keperluan kita.
– Paling kritikal kedudukan tingkap dan saiz tingkap sebab bila dah ada tingkap… peti ais dan dapur gas berhud kena taruk tempat berdinding.
– Untuk dapur sempit, sebenarnya dapur panjang lebih mudah diurus berbanding dapur empat segi sebab balance dengan kedudukan tingkap. Faktor ini akan tentukan kedudukan sinki either 2 bowl or 1 bowl. Dapur customer ini tak boleh pasang 2 bowl sebab beri kesan unbalance pada kedudukan tingkap yang terlalu besar pada dapur yang sempit.
– Stove tak boleh locate di tingkap, hanya boleh pasang di dinding je sebab kena tebuk hud (penyedut asap).
– Punca elektrik pun satu faktor kritikal which you need to consider.
Leceh tau tak…. unless kalau buat renovation mungkin keadaan boleh diperbetulkan… tapi customer ni tak nak renovate sebab takde duit hahaha….
Mula-mula designer tu buat macam ni. Harga RM 2800 (Kayu melamin). Tapi customer tak setuju bentuk L memandangkan sebelah kiri ada dua power supply (untuk periuk nasi dan oven). Jadi kena ada base unit juga.
Then kami betulkan design buat bentuk U. Sinki daripada 2 bowl jadi 1 bowl je sebab ada design isu (corner). Dengan pertambahan base unit dan wall unit… harga melonjak jadi RM 4800! Terus berbelah bagi nak buat bentuk L ke U??
Last sekali customer request model Fomeka bentuk L berharga RM iaitu meliputi:
Base unit RM 175 x 12 = RM 2100
Wall unit RM 280 x 9 = RM 2520
Dapur = RM 370
Sinki 1 bowl = RM 180(free)
Tap = RM 90 
Plumbing = RM 160 (free)
Laci = RM180 (free)

3) Harga kabinet tv pulak total :RM1400
Maka jumlah semua sekali RM 5080 + RM 1400= RM 6480 Mintak diskaun dapatlah RM 6400.00.
Sinki 1 bowl sebab kalau 2 bowl tak boleh suit dengan corner. Tu laa design tingkap dengan space dapur memang teruk tau… apa punya developer laaa
kami harap entry ni akan bagi manfaat kepada pembaca sebab saya tahu, ramai berminat nak pasang kitchen cabinet tapi tak tahu costing nak kira camane untuk dapatkan harga murah dan mampu milik. Kitchen cabinet ni CRITICAL issue untuk storage management. So after this you all akan buka lembaran baru untuk dapur masing-masing…