Isnin - Jumaat = 08:30-17:30, Sabtu = 08:30-12:30
+6017 455 5400
alhusna911gemilang@gmail.com

Mengenai Kami

Pengenalan AL HUSNA GEMILANG

Al Husna Gemilang Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembinaan di negeri-negeri di utara semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis. Sejak syarikat ini ditubuhkan, tanpa menoleh kebelakang, kami terus mengorak langkah dalam mencapai cita-cita yang diimpikan oleh setiap syarikat pembinaan lain iaitu menjadi sebuah syarikat kontraktor yang berjaya, disegani dan profesional dalam bidang ini khususnya di empat negeri utara ini dan umumnya di seluruh negara dan dunia.

Maka dengan keyakinan ini, kami telah beriltizam untuk mengembangkan lagi perniagaan yang telah diceburi semenjak syarikat ini ditubuhkan pada 01 Oktober 2013 dan setelah itu, kami telah mendaftarkan syarikat ini dibawah badan yang bertangungjawab dalam memantau bidang pembinaan di seluruh negara iaitu CIDB (Construction Industry Development Board) dan dengan itu secara rasminya syarikat kami dipantau oleh badan tersebut dari segi kerja-kerja yang kami lakukan dalam memenuhi keinginan pelanggan kami.

Sememangnya sudah menjadi azam kami untuk menyediakan satu perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan-pelangan kami dan dengan pengiktirafan secara rasmi oleh CIDB, maka sudah pasti menjadikan kami sebuah syarikat yang sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik demi menjaga nama baik syarikat kami di hati pelanggan dan badan bertanggungjawab seperti CIDB.

Menyediakan satu perkhidmatan yang mantap dari segi kemahiran yang tinggi, amanah dalam menjalankan tugas dan berusaha memuaskan hati pelangan adalah azam kami untuk semua pelangan kami. Kami berusaha menyediakan suatu perkhidmatan yang menyeluruh kepada pelangan kami dari mula pembinaan sehingga siap termasuklah menyediakan khidmat memohon kelulusan dari pihak Majlis dan juga memohon pinjaman membina rumah untuk kakitangan kerajaan. Semoga di masa hadapan, syarikat kami mampu bergerak seiring dengan syarikat besar lain yang sudah mencipta nama mereka dalam sektor pembinaan ini.

Kegiatan Utama

 

  • Pembinaan Bangunan
    • Membina rumah kediaman dan rumah kedai.
    • Khidmat jurutera, arkitek dan pelukis plan bangunan yang bertauliah dan berpengalaman.
    • Khidmat pengubahsuaian rumah kediaman yang sedia ada.
    • Penggunaan aset sendiri dalam proses pembinaan.
  • Kerja-Kerja Pembinaan Kejuruteraan Awam
    • Servis kimpalan dan fabrikasi logam.
    • Direka sendiri oleh pelanggan atau mengikut contoh yang sedia ada.
  • Pengangkutan, Agen Pengiriman Barang & Logistik
    • Servis penghantaran dan pemindahan ke seluruh Semenanjung Malaysia.
    • Penyewaan backhoe kepada orang awam dan syarikat lain.
    • Servis agen pengiriman barang dan logistik.

 

Kelulusan & Sijil

 

  • Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Sijil Pendaftaran Majikan (KWSP).
  • Sijil Penyertaan Sistem Penyaman Udara & Pengedaran Udara.
  • Sijil Penyertaan Pengurusan Bisnes CIDB Negeri Pulau Pinang.
  • Sijil Penyertaan Kursus Pembinaan Landskap & Pembinaan Padang Permainan.
  • Sijil Penyertaan Kursus Kerja Bangunan-Pengubahsuaian.
  • Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB G3.
  • Sijil Kecekapan Pengurusan Kursus Sistem Penyaman Udara & Pengedaran Udara CIDB.
  • Sijil Kecekapan Pengurusan Kursus Kerja Bangunan-Pengubahsuaian (Modul Teknikal 2) CIDB.
  • Sijil Kecekapan Pengurusan Kursus Pembinaan Landskap & Pembinaan Padang Permainan (Modul Teknikal 1) CIDB.
  • Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes CIDB.
  • Sijil Kehadiran Seminar ‘Project Financing’ bagi kontraktor bumiputera CIDB.
  • Sijil Pencapaian Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor CIDB.

 

Visi

 

  • Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang konpetetif dan  berwawasan di negeri Pulau Pinang khususnya dan seluruh malaysia amnya dan menjadi sebuah syarikat yang mampu berjaya di mata negara luar.
  • Bersikap fleksibel dalam pengurusan masa kerja dan kualiti kerja yang dilakukan.
  • Sentiasa berinovasi dalam mereka bentuk pembinaan, perbincangan dan dalam mengambil satu keputusan.
  • Mengamalkan semangat berpasukan di dalam sesuatu pekerjaan.
  • Menghasilkan kerja yang berkualiti dan berada pada tahap kemahiran dan kepakaran yang tinggi.

Misi

 

Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami demi memenuhi impian mereka dan menjadi kontraktor yang terkenal dan disegani di serata dunia serta menjadikan sebuah syarikat yang mempunyai kemajuan dalam bidang pembinaan dan teknologi dan menjadi contoh kepada syarikat lain dari segi perkhidmatan yang cekap dan profesional ditambah dengan sikap dan ciri islamik yang berpaksikan sifat amanah dan berintegriti tinggi.

Bangunan Al Husna Gemilang Sdn. Bhd.

 

Perhatian!

Ingin membina rumah baru di tanah anda sendiri? Perlukan servis kontraktor yang terbaik? Kami sedia membantu dari segi pengurusan pinjaman sehingga rumah siap dibina.

Objektif AL HUSNA GEMILANGx

Meningkatkan Ekuiti Bumiputera

Selaras dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam bidang  perniagaan.

Penuhi Permintaan Pelanggan

Memenuhi permintaan terhadap khidmat Kontraktor Bumiputera kepada masyarakat setempat khususnya dan Negara amnya.

Membuka Peluang Perkerjaan

Membuka peluang perkerjaan kepada masyarakat setempat disamping melatih belia-belia dalam menceburi bidang perniagaan.

Amalan Berkerjasama

Mengamalkan kerja berkumpulan dan berkerjasama dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Memanfaatkan Kemudahan

Memanfaatkan bantuan dan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Meningkatkan Taraf Hidup

Berusaha meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang lebih sempurna dan membelanjakan harta dijalan Allah.

Berdisiplin Dalam Pekerjaan

Menjalankan kerja dengan penuh displin dan bertanggungjawab, menepati masa, kualiti dan perkhidmatan yang terbaik.

Karya Bertaraf Antarabangsa

Menghasilkan pembinaan yang bertaraf antarabangsa yang setanding dengan negara luar.

Menggunakan Teknologi Terkini

Menggunakan teknologi luar dalam bidang pembinaan serta mengunakan jentera dan teknologi terkini mengikut peredaran zaman.

Merealisasikan Impian Kerajaan

Merealisasikan impian kerajaan untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya persaingan diantara kontraktor dan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera dalam persaingan untuk menyediakan khidmat dan pilihan dengan harga yang kompetetif dan mengelakkan dari monopoli oleh satu kaum.

Proses Kerja AL HUSNA GEMILANGx